Membersih trail telah dilaksanakan di Elwenes Ed Village sejak awal bulan Jun 2021 dan hari ini sempat buat post untuk kenangan akan datang.
Selain trail sebanyak 4 pokok bibit kelapa dari seorang sahabat iaitu cikgu Miasin, dia bagi free sahaja. semoga dimurahkan rezeki.
Pondok kecil pertama berukuran 10 kaki kali 12 kaki juga telah mula dibina. Buat permulaan pondok ini adalah untuk tempat berteduh sambil kupi-kupi apabila ianya siap. Saudara Ali adalah tukang bikin yang mantap.