Bangsa Suluk di negeri Sabah bantah penceroboh di Lahad Datu. Walaupun mereka sama keturunan tetapi mereka tidak pernah sesekali menyokong tindakan kejam tentera Sulu yang berkubu di Kampung Tanduo. Oleh itu, mereka menyuarakan bantahan mereka melalui sepanduk di Sandakan baru-baru ini.
Salah seorang mereka mengatakan “kami adalah anak Tausug (Suluk) Malaysia dan taat setia pada negara Malaysia sahaja”. Ini adalah bukti bahawa bangsa Suluk di negeri ini tidak pernah menyokong dengan kebangkitan pengikut Kiram III di Sabah.