6 Mac 2013: Penceroboh dikhuatiri terlepas dari kepungan 
1.19 Pagi: Berdasarkan sumber risikan, penceroboh yang diserang pada 5 Mac 2013 dilaporkan tiada yang terkorban. Mereka kini masih berada di dalam kampung Tanduo dalam keadaan yang selamat. Punca adalah operasi “mopping up” yang digunakan pihak polis agak lambat untuk menjejaki musuh kerana kawasan yang luas dan faktor geografi. Tempat berkenaan lebih memudahkan pergerakan musuh.
Yang paling dikhuatiri adalah penceroboh ini terlepas dari kawasan kepungan.
9.45 Pagi: Peta Lokasi Terkini Penceroboh.(dalam bulatan Merah)
lokasi

Update 10.30 Pagi: Ops Daulat diteruskan pagi ini 6 MAC 2013 (RABU) 
Pihak Keselamatan meneruskan operasi memburu saki-baki penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina di Kampung Tanduo, Felda Sahabat 17.
Keadaan di Lahad Datu dan Semporna masih terkawal menurut tinjauan yang dijalankan. Di kawasan Felda Sahabat, kawalan pasukan keselamatan negara di bawah Ops Daulat masih ketat dengan zon penampan dikuat kuasa di kawasan-kawasan sekitar 10 kilometer persegi dari Kampung Tanduo. Keadaan masyarakat setempat di kawasan terbabit berjalan seperti biasa dengan penduduk keluar melaksanakan rutin harian mereka.

Di bandar Lahad Datu yang berada kira-kira 130 kilometer dari Kampung Tanduo masih dalam keadaan terkawal dan tenang. Polis memperketatkan kawalan sekatan jalan raya yang menuju ke Felda Sahabat.

Credit to: melvister.com

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *