10 Ribu Tentera Sulu Sedia Tawan Sabah. Ini adalah ringkasan tajuk entri dalam MPP Online dan ini amat mencemaskan. Bagaimanapun maklumat ini belum tahu setakat mana kebenarannya tetapi bagaimanapun pihak Keselamatan Malaysia harus bersedia dan mengambil langkah-langkah perlu. Ini adalah maklumat yang dipetik elwenes.com dari MPP Online.

Ribuan penduduk Tausug atau lebih dikenali sebagai Sulu telah belayar ke Sabah untuk membantu sahabat militan Filipina mereka itu berikutan serangan besar-besaran pasukan keselamatan Malaysia sejak pagi semalam, lapor The Philippine Inquirer hari ini.

Dakwaan yang dibuat Pengerusi Jawatankuasa Islam Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Habib Hashim Mudjahab, itu bercanggah dengan laporan kebanyakan media yang pihak berkuasa Malaysia dan Filipina yang menghalang laluan masuk ke Lahad Datu, di mana militan berkenaan berkubu.

“Kami tidak mampu menghalang orang-orang kami. Kami sedih, dan ramai orang kami, termasuk mereka yang bukan pejuang, pergi ke Sabah untuk membantu tentera sultan,” kata Mudjahab dipetik akhbar tersebut.

http://1.bp.blogspot.com/-E9BVp9EosSs/UTXTtLgVNxI/AAAAAAAAZec/bs4Y5dGF-vc/s320/2013-03-05-19-08-57.png

Credit to: MPP Online

By admin

5 thoughts on “Terkini: Berita 10 Ribu Tentera Sulu Ke Sabah!!”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *