Empat pegawai Malaysia didakwa telah tawan oleh Militan Muslim Filipina yang menuntut Sabah, lapor stesen radio Filipina hari ini.

Sejam sebelum itu, pihak berkuasa Malaysia mengatakan mereka telah menawan tiga penceroboh militan Filipina itu diikuti dengan pertempuran di tiga lokasi di negeri Borneo itu yang menyebabkan kematian lima anggota polis dan dua suspek militan.

Militan yang mendakwa mereka sebagai Tentera Kesultanan Sulu, Jamalul Kiram III, berkata kepada pemberita di Bandar Taguig, lapor syesen radio Filipina dzBB Divine Caraecle.

Jamalul dipetik sebagai berkata dia tidak mengarahkan serangan terhadap pihak berkuasa Malaysia dan menegaskan pengikutnya juga diarahkan untuk menghormati hak rakyat Malaysia yang ditawan itu.

Sementara itu Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar sebelum ini dilaporkan berkata berlaku tiga insiden di tiga lokasi berlainan iaitu penahanan tiga anggota penceroboh yang cuba keluar dari kawasan kepungan pasukan keselamatan di Kampung Tanduo, lima anggota polis mati ditembak di Kampung Seri Jaya Simunul di Semporna dan laporan pencerobohan 10 lelaki di Kampung Lumalong dan Kampung Dasar Lama di Kunak.

“Saya juga telah memanggil Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin untuk mengukuhkan kedudukan dengan mengambil kira apa yang berlaku di tiga lokasi itu,” katanya pada sidang akhbar di Residental Felda Sahabat kira-kira 130 kilometer dari sini.

“Mereka juga dalam keadaan bersedia untuk tindakan selanjutnya.”

Ismail turut meminta orang ramai agar jangan mempercayai khabar angin dan berita yang tidak disahkan oleh polis tentang apa yang berlaku di negeri ini.

Beliau berkata orang ramai tidak perlu membuat andaian melainkan disahkan pihak berkuasa terutama jika berdasarkan laporan di media sosial dan komunikasi lain.

Ismail sekali lagi menegaskan bahawa sehingga hari ini polis tidak pernah mengeluarkan perintah berkurung kepada penduduk di negeri ini.

Zulkifeli yang turut hadir dalam sidang media itu berkata bagi meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap tahap keselamatan mereka, dua lagi batalion tambahan tentera dihantar hari ini dan ditempatkan di beberapa kawasan di kawasan pantai timur negeri itu.~ m.star

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *