3 Mac 2013. Penceroboh Berperang di Semporna. Kini pertempuran berlaku pula di Semporna selepas kejadian pembunuhan 2 Komando Polis di Lahad datu. Pada jam 1.00 pagi tadi berita terkini laporan kematian di Semporna Sabah adalah seorang lagi anggota keselamatan negara terkorban, kali ini dalam pertempuran dengan kumpulan penceroboh di kampung Selamat, Semporna.
Menurut sumber polis, pertempuran yang berlaku pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan seorang anggota cedera. Difahamkan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Lahad Datu dan Tawau telah digegaskan ke sana bagi memberi bantuan.
Difahamkan penceroboh merancang menyerang Balai Polis Lahad Datu. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu namun enggan mengulas lanjut kerana identiti kedua-dua anggota keselamatan itu belum dikenal pasti.
Pada jam 3.00 pagi tadi, Telah disahkan bahawa tentera Sulu berada di semporna. Ancaman tentera Kesultanan Sulu ke atas keselamatan negara semakin memuncak apabila kumpulan bersenjata tersebut melancarkan dua serangan terancang di Kampung Simunul, kira-kira tiga kilometer dari bandar Semporna.
Keadaan terkini tegang apabila pertempuran tercetus mengakibatkan dua anggota polis terbunuh dan dua cedera parah. Sekumpulan lagi anggota dari Unit Cawangan Khas yang sedang melakukan intipan di kampung itu dikepung kumpulan bersenjata tersebut selepas berlaku pertempuran.
Pada Jam7.40 Pagi: Pihak polis sahkan dua anggota keselamatan terkorban dalam kejadian semporna semalam (2 Mac 2013)
Credit to: melvister.com
Update Terkini 15:37 pm
By Nigel Aw
Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar hari ini mengesahkan lima anggota polis terkorban dalam serang hendap kumpulan bersenjata di Semporna, Sabah.
Katanya, polis pada petang semalam menerima maklumat mengenai kumpulan bersenjata di Kampung Seri Jaya Simunul, Semporna.
Berdasarkan maklumat tersebut, pasukan polis dari ibu pejabat polis daerah Semporna memasuki kawasan tersebut namun diserang hendap sebaik tiba, katanya dalam sidang media di Felda Sahabat, Lahad Datu.
Dua orang anggota kumpulan bersenjata itu turut terbunuh.Polis kini mengepung kampung terbabit untuk mengesan saki baki kumpulan itu.
Kejadian di Semporna itu berlaku susulan pertempuran di antara kumpulan yang mendakwa setia dengan Kesultanan Sulu dan pasukan keselamatan pada Jumaat lalu.
Ismail berkata polis cuba mengenalpasti sama ada kumpulan di Kampung Sri Jaya Simunil mempunyai kaitan dengan kumpulan dalam kejadian di Lahad Datu.
Jumlah kematian melibatkan anggota kita kini meningkat kepada tujuh orang dalam tempoh dua hari dalam kejadian serangan dipercayai paling buruk sejak pemberontakan komunis.
Credit to: malaysiakini.com
Update 9.34 Malam (3/3/2013)
Ibrahim dan empat lagi anggota polis terkorban dalam kejadian serang hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata di perkampungan atas air Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna Sabah kira-kira pukul 8 malam tadi.
Ibrahim dari Cawangan Khas, Bukit Aman berada di Semporna sejak dua minggu lepas dan difahamkan akan pulang ke semenanjung hari ini. – See more at: http://www.hmetro.com.my/articles/KeluargatidaksangkaberitadiInternetmelibatkanadikberadiksendiri/MA/Article#sthash.kV9nonbK.dpuf
Supt Ibrahim Lebar, 52 adalah salah seorang dari 5 orang yan g terkorban dalam kejadian serang hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata di perkampungan atas air Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna Sabah kira-kira pukul 8 malam semalam (2/3/2013).
Ibrahim Lebar dari Cawangan Khas, Bukit Aman berada di Semporna sejak dua minggu lepas dan difahamkan sepatutnya akan pulang ke semenanjung hari ini
Allahyarham meninggalkan isteri dan tiga orang anak iaitu dua lelaki dan seorang perempuan.
Jenazah Ibrahim Lebar akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di USJ, Subang Jaya atas permintaan isterinya yang bertugas sebagai pegawai di sebuah bank di sana. – Bernama.
Ibrahim dan empat lagi anggota polis terkorban dalam kejadian serang hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata di perkampungan atas air Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna Sabah kira-kira pukul 8 malam tadi.
Ibrahim dari Cawangan Khas, Bukit Aman berada di Semporna sejak dua minggu lepas dan difahamkan akan pulang ke semenanjung hari ini. – See more at: http://www.hmetro.com.my/articles/KeluargatidaksangkaberitadiInternetmelibatkanadikberadiksendiri/MA/Article#sthash.kV9nonbK.dpuf
UPDATE 3 MAC 2013: 1 PAGI WAKTU TEMPATAN- ANGGOTA POLIS MAUT (semporna)
Berita terkini laporan kematian di Semporna Sabah. Dilaporkan seorang lagi anggota keselamatan negara terkorban, kali ini dalam pertempuran dengan kumpulan penceroboh di kampung Selamat, Semporna.
Menurut sumber polis, pertempuran yang berlaku pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan seorang anggota cedera. Difahamkan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Lahad Datu dan Tawau telah digegaskan ke sana bagi memberi bantuan.
Difahamkan penceroboh merancang menyerang Balai Polis Lahad Datu. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu namun enggan mengulas lanjut kerana identiti kedua-dua anggota keselamatan itu belum dikenal pasti.
Terkini Update 3.00 Pagi (3 MAC 2013)- SAH TENTERA SULU DI SEMPORNA
Ancaman tentera Kesultanan Sulu ke atas keselamatan negara semakin memuncak apabila kumpulan bersenjata tersebut melancarkan dua serangan terancang di Kampung Simunul, kira-kira tiga kilometer dari bandar Semporna.
Keadaan terkini tegang apabila pertempuran tercetus mengakibatkan dua anggota polis terbunuh dan dua cedera parah. Sekumpulan lagi anggota dari Unit Cawangan Khas yang sedang melakukan intipan di kampung itu dikepung kumpulan bersenjata tersebut selepas berlaku pertempuran.
Update 7.40 Pagi: Pihak polis sahkan dua anggota keselamat terkorban dalam kejadian semporna semalam (2 Mac 2013)
Update Terkini KG TANDUO LAHAD DATU 3 MAC 2013
Foto: Sultan Sulu Jamalul Kiram III (duduk) dengan pengikut-pengikutnya di kampung Maharlika, bandar Taguig, Manila selatan
No Surrender,We Stay melaporkan tentang pendirian Sultan Jamalul Kiram III yang masih utuh dengan hak pemilikan ke atas Sabah. Jelas Sultan Sulu itu lagi ketika sidang media di rumahnya bandar Taguig selatan Manila,tetap tidak mahu menyerah dan mendakwa Sabah tetap milik mereka.
– See more at: http://www.melvister.com/2013/02/berita-terkini-pencerobohan-di-lahad-datu-sabah.html#sthash.HuComh8d.dpuf