Keadaan Lahad Datu dalam Darurat dan Perintah Berkurung dikeluarkan. Polis Diraja Malaysia (PDRM) menguatkuasakan perintah berkurung serta merta di seluruh pekan ini sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini. Segala aktiviti keluar masuk Lahad Datu akan diterhadkan serta merta. Ini untuk mengelakkan pertempuran daripada merebak ke daearah lain.
Lahad Datu, yang berada dalam lingkungan 130km jaraknya dari lokasi pertempuran turut digambarkan sebagai “pekan berhantu”, dengan semua kedai di pusat bandar ditutup dan anggota tentera dilihat mengadakan kawalan di beberapa kawasan termasuk sekolah dan hospital.