Terkini kematian akibat perang di Lahad Datu Sabah. Kami akan membawakan info mengenai jumlah kematian yang sahih berdasarkan laporan wartawan yang berada di sahabat 7 Lahad Datu. Semua sudah maklum bahawa peperangan bersenjata masih lagi berlangsung antara pihak polis Malaysia dan tentera sulu sejak dari pukul 10 pagi tadi.
lahad datu
Terkini Kematian Perang Di Lahad Datu Sabah
Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina, di sini hari ini. Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.
Wartawan BERNAMA yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu.
 Seorang jurucakap kesultanan Sulu mendakwa 10 orang terbunuh dan empat lagi cedera dalam pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan penceroboh kesultanan Sulu di Lahad Datu pagi ini.
Update Terkini 3.30 Petang
10 Anggota Penceroboh Terbunuh: ABS-CBNnews melaporkan jurucakap Abraham Idjirani sebagai berkata dia baru bercakap sendiri dengan adik Sultan Sulu Jamalul Kiram – Azzimudie Kiram – yang mengetuai kumpulan bersenjata di Lahad Datu itu. Azzimudie mengesahkan bahawa 10 lelaki terbunuh dan empat yang lain cedera dalam insiden tersebut.

“Dia melihat sendiri mayat-mayat tersebut,”  “Yang terbunuh termasuk seorang wanita.” Beliau mendakwa bahawa komando polis Malaysia telah menggunakan penembak tepat ke atas pengikut Azzimudie.

Update Terkini 4.08 Petang
Identiti dua komando Malaysia maut disahkan.

INSP ZULKIFLI MAMAT & SJN SABARUDIN Dari UNIT 69 KOMANDO G/17984 skuad 2/2006″
Update 5.18 Petang
PDRM mengeluarkan perintah berkurung kepada penduduk sekitar Lahad Datu sebagai langkah berwaspada.

Update Terkini 6.56 Petang
Keadaan reda dilaporkan dalam insiden pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan kumpulan bersenjata Sulu pada petang Jumaat selepas berlakunya kejadian tembakan di kampung Tanduo.
sulu
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib mengesahkan dua anggota keselamatan negara manakala 12 anggota kumpulan penceroboh dari Selatan Filipina terkorban dalam pertempuran antara dua kumpulan terbabit pagi tadi. Tiga anggota keselamatan turut disahkan tercedera dalam kejadian yang berlaku antara 20 hingga 30 minit pada jam 9.59 pagi.
Beliau juga mengesahkan kumpulan penceroboh itu melepaskan tembakan terlebih dulu ketika pihak berkuasa keselamatan sedang mengetatkan kepungan di lokasi persembunyian mereka di Kampung Tanduo. Hamzah turut mengesahkan pihaknya merampas beberapa senjata antaranya M-16, pelancar roket, peluru dan beg pakaian.
Lahad Datu kini berada dalam keadaan terkawal.

– See more at: http://www.melvister.com/2013/03/terkini-laporan-kematian-perang-di-lahad-datu-sabah.html#sthash.hNN24viX.dpuf

Update Terkini 6.56 Petang
Keadaan reda dilaporkan dalam insiden pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan kumpulan bersenjata Sulu pada petang Jumaat selepas berlakunya kejadian tembakan di kampung Tanduo.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib mengesahkan dua anggota keselamatan negara manakala 12 anggota kumpulan penceroboh dari Selatan Filipina terkorban dalam pertempuran antara dua kumpulan terbabit pagi tadi. Tiga anggota keselamatan turut disahkan tercedera dalam kejadian yang berlaku antara 20 hingga 30 minit pada jam 9.59 pagi.
Beliau juga mengesahkan kumpulan penceroboh itu melepaskan tembakan terlebih dulu ketika pihak berkuasa keselamatan sedang mengetatkan kepungan di lokasi persembunyian mereka di Kampung Tanduo. Hamzah turut mengesahkan pihaknya merampas beberapa senjata antaranya M-16, pelancar roket, peluru dan beg pakaian.
Lahad Datu kini berada dalam keadaan terkawal.

Update 9.00 Malam
Saki baki penceroboh yang lain masih lagi berlindung di Kampung Tanduo. Pihak polis kini masih lagi mengepung saki baki penceroboh yang lain. Keadaan ini dijangka berlarutan. Menurut maklumat penduduk tempatan, masih ramai lagi yang sedang berlindung.
Credit to: melvister.com

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *