Berita terkini pencerobohan Lahad Datu Sabah….
Pencerobohan Lahad Datu Sabah : KDN serah kepada Wisma Putra Lanjut Tempoh Pengusiran
KLUANG: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerahkan kepada Wisma Putra berhubung permohonan kerajaan Filipina meminta lanjutan tempoh pengusiran kumpulan penceroboh Lahad Datu Sabah.Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, bagaimanapun berharap jika permohonan terbabit dipersetujui, tempoh lanjutan itu tidak terlalu lama kerana pihaknya tidak akan berkompromi dengan anasir yang boleh menjejaskan kedaulatan negara.Pihak berkuasa negara sedang memujuk kumpulan itu supaya segera meninggalkan Sabah bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku, katanya. SUMBER : BERNAMA]
- Ada penceroboh bersenjata ceroboh rumah kita, nak ambil “harta” kita
- Dalam hal sebegini, “kill or be killed”. Pilih yang mana satu?
- Singkap semula sejarah sekitar 1654 di mana Sultan Brunei yang telah berikan Sabah.
- Jadi, jikalau diikutkan Brunei yang lebih berhak menuntut Sabah sebenarnya kerana Sultan Brunei yang telah berikan Sabah ini kepada kepada Sultan Sulu (yang memerintah sebahagian daripada apa yang dikenali Filipina sekarang)
- Pada tahun 1878 sultan Sulu memajak Sabah selama-lamanya kepada Syarikat Borneo Utara British
- Pada tahun 1946, syarikat itu menyerahkan Sabah kepada Britain.
- Sebelas tahun kemudian, Sultan Sulu mengisytiharkan pajakan dibatalkan.
- Tetapi Brunei telah reda yang Sabah sekarang sudah berada dalam Malaysia selepas bersetuju masuk Malaysia 1963 dan telah diiktiraf PBB, menjadi sebahagian daripada Malaysia. Jadi nasihat kami, lupakan sahaja Sabah ini.
Punca Pencerobohan Lahad Sabah Oleh Penceroboh Sulu?
- Kumpulan 100 warga Filipina lengkap uniform + senjata (M16, M14 (grenade launcher) sehinggalah bom tangan serta Colt 45 Pistol). Sekali lagi kami tekankan mereka lengkap bersenjata api
- Mendarat di Kampung Tanduo, kira-kira 130 kilometer dari pekan Lahad Datu Sabah sejak 12 Februari lepas sebagai waris berketurunan “Raja Sulu” dari selatan Filipina.
- Mendakwa memperolehi mandat daripada Sultan Jamalul Kiram III dan ekspedisi mereka diketuai seorang tengku mahkota dengan nama Rajah Mudah Agbimuddin Kiram.
- Pencerobohan Lahad Datu Sabah disebabkan mahu menuntut Sabah yang didakwa dipajak kepada Malaysia
Koleksi Gambar Isu Pencerobohan Lahad Datu Sabah VS Waris Sultan Sulu?
- Kami mahu segera tarik keluar penceroboh (waris Sultan Sulu) dari kawasan kedaulatan Malaysia(Lahad Datu Sabah)
Yang menarik perhatian kami mengenai pencerobohan Lahad Datu Sabah oleh waris Sultan Sulu ini apabila kami bandingkan situasi pencerobohan di negara lain :
- Di Amerika : Arizona border agent shoots, kills man suspected of illegal crossing (Sumber : Reuters)
- Di Iran : Detention of american hikers/spies (allegedly crossing into Iran) (Sumber : Wikipedia)
- Di Korea Utara : North Korea sentences US journalists to 12 years hard labour (Sumber : Telegraph)
- Di Rusia : Chinese workers arrested in Russia for illegally crossing border (Sumber : Peopledaily.com.cn)
- Di Israel : Saudi man home after 6 years in Israeli jail for border crossing (Sumber : Digital Journal
- Bagaimana pula di Malaysia? Pencerobohan Lahad Datu Sabah? Penyelesaiannya?
Credit to: Berita Semasa.Com
Pandangan Elwenes.Com
Pandangan Elwenes.Com tentang perkara pencerobohan Lahad Datu ada baiknya kalau kita buat penyelesaian pengusiran Penceroboh dengan cara yang aman tanpa melibatkan pertumpahan darah. Apabila kita guna kekerasan sehingga melibatkan perkara pembunuhan, sudah pastinya negeri kita tidak akan ada keamanan lagi. Pihak yang kita usir dengan pertumpahan darah pasti akan ada dendam yang perpanjangan dan akam membuatkan semua rakyat dalam keadaan ketakutan yang berterusan.
Berkenaan dengan keselamatan sempada Sabah, pihak elwenes.com meluahkan rasa tidak puas hati dengan strategi kawalan ketenteraan kita yang ada sekarang. Kemasukan penceroboh yang mengakui mereka dari Kesultanan Sulu merupakan bukti kebocoran kawalan ketenteraan kita. Semoga dengan kejadian seumpama ini dapat memberi ingatan kepada kementerian keselamatan negara untuk perketatkan lagi kawalan di sekeliling pesisir pantai negeri Sabah.
Apakah pula pandangan anda tentang isu pencerobohan ini ?