Salam wanes untuk semua rakan2 blogger. Semoga sihat dan success selalu. Entri kali ini berkaitan dengan gara-gara banyak duit.

Pada bulan yang lalu wanes sedang out stesen ke Kota Marudu. Semasa out stesen, sempatlah juga merayau-rayau kat pekan Kota Marudu ni. Bermacam-macam karena orang2 kat sini. Ada yang sibuk dengan bisness menjual rokok dan ada juga yang menjual jam tangan, tali pinggang dan cermin mata secara jalan2. Golongan ini bukanlah orang kita mengikut pemerhatian wanes.

Sedang mata wanes mengintai situasi keseluruhan pekan ini, terkodaklah (mengambil photo) seseorang yang wanes tak kenal. Orang ni terlentang di kaki lima sebuah kedai. Waktu ni hampir petang dan kebanyakan kedai2 dah nak tutup. Sorang ni masih melayan tidurnya bukan kerana sakit tetapi kerana mabuk alkohol. Inilah akibatnya bila dah banyak duit, dah lupa diri. Semua duit yang diperolehi hasil jualan getah kepingan, habis di belanjakan untuk keseronokan sendiri.

Tertidur kerana mabuk alkohol

Sempena bulan puasa ni dan juga bulan kemerdekaan ni, moga2 orang ini menngambil iktibar untuk keluar dari keadaan perangai dan kehidupanya yang belum merdeka. Marilah juga kita sama2 berdoa untuk golongan seperti ini agar mereka dapat bertobat.

Sampai disini dulu untuk kali ni, jumpa lagi di entri akan datang

p.s bertobatlah selagi ada waktu.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *