Salam wanes untuk semua, wanes baru kembali dari Sukan Tahunan Taman-Taman Sabah Kali Ke-17 yang berlangsung di Komplek Stadium Sandakan dari 10-13/06/2010.

Kontijen Taman Kinabalu telah cuba sedaya upaya untuk bertarung dengan 3 penjuru yang lain iaitu Taman Pantai Barat, Taman Pantai Timur dan Taman Banjaran Kroker.

Slogan “Sapu Rata” Pembakar Semangat

Slogan “Sapu Rata!” oleh kontijen Taman Kinabalu pada kali ini merupakan pembakar semangat untuk Taman Kinabalu sendiri dalam apa jua pertarungan sukan. Kontijen ini juga berpuas hati dengan pencapaian keseluruhan kerana semua acara yang dipertandingkan di sertai oleh Taman Kinabalu dan hampir kesemua acara berjaya mendapat pingat sekurang-kurangnya pingat gangsa.

Setelah berhempas pulas untuk bersaing, akhirnya Taman Kinabalu berjaya mengekalkan kejuaraan dengan mendapat pingat emas dalam acara berikut;

1. Bola Sepak
2. Futsal Wanita
3. Tarik tali Wanita
4. Bola tampar Wanita
5. Lontar Peluru Wanita
6. Lempar Cekera Lelaki
7. Rejam Lembing Lelaki

Team Bola Sepak

Team Futsal
Team Bola Tampar

Team Tarik Tali

Team Badminton

Tmn. Kinabalu Fanclub

Wanes sebagai wakil Kontijen Taman Kinabalu mengucapkan tahniah kepada kontijen Taman Pantai Barat yang sangat menyerlah pada sukan kali ini dengan menduduki tempat kedua. Ucapan tahniah juga kepada Taman Banjaran Kroker dan Taman Pantai Timur. Terima kasih juga kepada pihak penganjur iaitu Taman Pantai Timur yang telah berusaha untuk menjayakan sukan kali ke-17 ini dengan jayanya.

Majlis Makan Malam

Wanes juga mengucapkan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pegawai2 dan atlit2 khususnya Kontijen Taman Kinabalu dan amnya Taman Sabah yang terlibat dalam sukan kali ke-17 ini. Taman Kinabalu, Yes..Yes..Yes….

Untuk korang yang sudi menjelajah di blog wanes, ucapan setinggi-tinggi penghargaan dari wanes, moga Tuhan memberkati dan korang di murahkan rezeki.

By admin

2 thoughts on “Blog | Tmn. Kinabalu Juara Sukan Tahunan Taman Sabah”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *