Salam wanes untuk semua, terlebih dahulu wanes mohon maaf kerana dah lama tak update blog wanes. Nampaknya sejak akhir2 ni wanes sibuk dengan persediaan sukan tahunan majikan wanes yang akan di adakan tak lama lagi.

Ok. berbalik kepada tajuk, entri kali ini wanes cuma nak memaklumkan kepada korang semua pasal pertandingan 4WD (pacuan 4 roda) yang di adakan di Lohan Ranau, lebih kurang 12 km dari Taman Air Panas Poring bermula semalam. Memang acara ini popular dikalangan pengemar2 aktiviti lasak di Sabah. Kereta2 yang digunakan untuk acara ini semuanya telah di ubah suai dari segi enjin dan bentuk badan serta peralatan kelengkapannya. Kuasa enjin semuanya besar2 dan kabel penarik juga dipasang pada setiap kereta.

salah satu dari kereta 4wd yang menyertai

Laluan yang disediakan oleh pihak penganjur bukanlah laluan yang mudah kerana ada banyak halangan seperti sungai atau lopak besar, batu besar, tanah tinggi, pokok2 dan laluan juga telah disediakan tanda. Setiap peserta haruslah tidak memijak atau merebahkan tanda yang dipacak pada laluan. Dari segi penilaian, terpulang kepada setiap penganjur namun kebiasaanya kecepatan masa, aksi yang menarik dan beberapa bidang lain yang di ambil kira.

Wanes agak2 penonton 4wd ni lebih ramai dari jumlah orang yang hadir dalam sesuatu majlis seperti perkahwinan. Para penonton juga tidak dikenakan apa2 bayaran masuk atau tiket untuk menonton.

sebilangan penonton 4wd

kereta para penonton

Acara seperti ini merupakan satu acara yang menarik namun bagi setiap peserta, jumlah wang ringgit yang dilaburkan wanes tak dapat nak agak kerana ia mengikut kepada seseorang atau team (2 orang). Wanes pula beranggapan bahawa acara ini merupakan acara pertandingan merosakkan kereta. Ini kerana setiap kali ada pertandingan ini, Ada sahaja kerosakan pada kereta2 mereka. Sudahlah berpuluh ribu di peruntukkan untuk modified sesebuah kereta ni, lepas abis pertandingan, kereta2 ini akan dimasukkan di bengkel2 untuk dibaiki segala kerosakan semasa pertandingan. Kalau menang, bolehlah menampung kerosakan tetapi bagi yang kalah, masing2 punya tau lah kan.

kereta yang mengalami masalah sedang dibaiki

Apa pula pendapat korang dalan acara seperti ini?

By admin

2 thoughts on “Blog | Pertandingan 4WD di Lohan Sabah”
  1. hello eryati,ade de blm buli bwa laju2 bah, mls pula klu lambat smpai sandakan nanti..haha dari mana gak ko tau ni..TQ ar komennya..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *