Salam wanes untuk semua. Salam hujung minggu. Entri kali ini antara entri yang paling santai dari wanes. Bukanlah wanes mengajar untuk membuat kebaikan kerana wanes sendiri manusia biasa yang penuh kelemahan dan keterbatasan, namun sekadar berkongsi kata-kata hikmah yang mungkin boleh dijadikan pedoman dalam kehidupan harian kita. Siapakah yang berhak menerima ucapan SYUKUR kita?

Wanes pasti, selama ini kita semua telah tahu menghargai sesuatu pemberian dari orang-orang tertentu dengan ucapan terima kasih. Biasanya bila kita menerima hadiah, kita akan mengucapkan terima kasih.

Satu perkara yang kadang-kadang kita lupa adalah mengucapkan kesyukuran kepada yang lebih utama. Dalam hidup kita, pernahkan kita memikirkan siapa yang lebih utama? adakah ibu bapa kita, kekasih hidup kita, anak-anak kita, rakan sekeliling kita atau kah boss majikan kita? yalah sememangnya mereka semua berperanan dan berhak menerima ucapan syukur dari kita apabila kita mendapat sesuatu yang bermakna atau bernilai untuk kita, NAMUN sedarlah bahawa mereka ini hanya penerima pujian dan hormat yang kedua, sedangkan yang UTAMA adalah kepada TUHAN yang telah menganugerahkan kita dengan segala kesempurnaan dalam hidup kita.

Apabila kita menginginkan sesuatu seperti kekasih hidup, pernahkan kita memohon kepada TUHAN agar memberi kita kekasih hidup yang dapat membahagiakan kehidupan berpanjangan kita. Apabila kita mendapatkannya adakalanya kita akan lalai untuk mengucapkan kesyukuran kita kepada TUHAN kerana telah mendengar hajat dan permohonan kita.

Ok lah untuk memendekkan bicara ini , wanes ingin kongsikan agar kita sama-sama untuk mempraktikkan perlakuan untuk sentiasa mengucapkan syukur kepada TUHAN atas segala kasih dan anugerahnya setiap masa. Walau kita susah, walau kita senang, sedih atau gembira jangan lupa mengucapkan syukur kepada TUHAN. Tak kira apa agama kita, yang pasti semua agama mengajar kita untuk sentiasa bersyukur kepada TUHAN atas segala kesempurnaan hidup yang kita kecapi hari ini.

P/s wanes mohon maaf kiranya masa korang terbuang semata-mata untuk membaca entri ni.

By admin

6 thoughts on “Blog | Siapa Berhak Menerima Ucapan Syukur ?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *