Pulau Mabul

Pulau Mabul dikatakan salah satu lokasi fotografi-makro terhebat di dunia. Pulau ini yang terletak di perairan jernih Laut Sulawesi tidak jauh dari pantai Sabah di kelilingi terumbu karang yang melandai sedalam 2 hingga 40 meter.

Pulau seluas 21 hektar ini lebih besar dari Pulau Sipadan dan menjadi tempat tinggal kaum Bajau Laut yang merupakan salah satu etnik pribumi Negeri Sabah.

Menyelam skuba adalah aktiviti utama di pulau ini dan selaman boleh dijalankan sepanjang tahun. Antara hidupan laut yang terdapat di sini ialah kuda laut, tapak sulaiman, ikan goby, ikan baji-baji, ‘pipefish’ dan belut ular. Terdapat lebih dari lapan tapak selaman yang popular di sini di mana setiap satu dengan kelebihannya yang tersendiri.

Terdapat tiga buah resort di sini yang menyediakan tempat penginapan untuk penyelam skuba – dua terletak di pulau ini sementara satu lagu terletak di atas sebuah pelantar minyak yang telah diubahsuai kira-kira 500 meter dari pinggir pantai. Kesemua resort ini boleh mengatur lawatan sehari ke pulau yang berdekatan iaitu Pulau Sipadan dan Kapalai.

TIPS

Memandangkan bandar Semporna tidak mempunyai lapangan terbang maka pelawat dinasihatkan agar menempah penerbangan ke Tawau dan mengatur supaya pengendali lawatan anda menjemput anda untuk perjalanan selama satu jam ke jeti di Semporna.

PENGANGKUTAN
(Jalan Laut)

Perjalan bot ke Pulau Mabul mengambil masa 30 minit dari Semporna dan 20 minit dari Pulau Sipadan.

TALIAN UNTUK DIHUBUNGI

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Pelancongan Negeri Sabah di talian : +6088-248 698 / 211 732

PENGINAPAN

Pulau Mabul mempunyai tiga buah resort mewah di mana kesemuanya dilengkapi dengan kemudahan untuk penyelam skuba.

Sampai disini dulu untuk kali ini, semoga informasi Pulau ini sedikit sebanyak dapat dijadikan sebagai rujukan untuk korang yang bercadang untuk mengadakan lawatan. Tidak lupa wanes ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Azrie yang mengambil gambar-gambar pulau ini semasa xpdc kami tempoh hari.

Pesanan : sesiapa yang bercadang mengadakan lawatan, destinasi ke pulau ini merupakan destinasi yang paling sesuai.

By admin

9 thoughts on “Blog | Indahnya Pulau Mabul”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *