~ gambar hiasan google ~

Salam wanes untuk semua, air bukan sahaja untuk diminum malah digunakan untuk mandi, mencuci dan sebagainya. Namun, ramai juga yang tidak tahu bahawa air dapat membantu penyembuhan penyakit.

Mandi Air Panas boleh menimbulkan rasa relak dan tenang serta dapat membantu mengurangkan rasa sakit dan lenguh-lenguh. Biasanya, bagi yang menderita penyakit arthritis, demam reumatik dan insomnia, tambahkan dua atau tiga gelas garam laut di dalam mandian.

Mandi air sejuk biasanya mengejutkan sistem saraf kita dan tubuh akan terasa lebih segar dan relak. Namun, bagi pesakit arthritis atau reumatik, sebaliknya guna air hangat. Berendam air laut juga jangan terlalu pagi atau terlalu petang dan jangan keterlaluan kerana kesanya seperti selesema, masuk angin dan tidak selesa.

~ gambar hiasan google ~

Cara berendam adalah dari bahagian bawah tubuh sahaja, manakala bahagian tubuh di atas tidak boleh terkena air. Rendaman air panas dan sejuk secara berganti-ganti boleh membantu pesakit Hemoorhoid, Fissur dan lain-lain.

Caranya cukup dengan berendam air panas antara 5-10 minit manakala berendam air sejuk pula tidak boleh melebihi satu minit. Biasanya cara begini tidak disarankan bagi yang mengalami masalah di bahagian bawah tubuh.

Post Comment

By admin

13 thoughts on “Blog | Terapi Air Rawat Penyakit”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *