Salam wanes untuk semua, sempena bulan mothers day ini wanes ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu khasnya kepada ibu tersayang wanes dan amnya kepada korang semua yang sudah bergelar ibu. Tak lupa juga ibu mertua ker, ibu tiri ker semuanya lah yah!

Kepada korang yang masih berkesempatan untuk melihat wajah ibu korang seperti wanes, marilah kita sama-sama bersyukur kepada Tuhan kerana telah memberi peluang untuk kita hidup dan dapat menatap wajah ibu hingga kini. Marilah kita sama-sama mengingatkan betapa sengsaranya ibu kita mengandungkan kita selama 9 bulan dan betapa hebatnya kesakitan mereka semasa melahirkan kita.

Saat kita memerlukan susu, ibu sanggup menyusukankan kita sejak lahir hingga 6 bulan dan ada juga yang dah masuk tahun 1, masih menyusu ibu., Saat kita terlantar sakit, ibu sanggup mengorbankan tidurnya untuk menjaga kita, saat kita memerlukan belanja, ibu sanggup mengorbankan tenaga untuk bekerja mencari duit belanja. Segala makan, minum, pakaian dan segala keperluan seorang bayi, kanak-kanak dan remaja, ibu sanggup berkoban apa saja asalkan hajat kita tercapai. Apakah balasan kita untuk kasih ibu kita yang tak ternilai untuk kita?

Marilah sama-sama mempergunakan waktu yang amat singkat untuk kita bersama dengan ibu-ibu kita untuk membalas jasa yang tak ternilai seberapa yang terdaya kita lakukan. Mari kita mengasihi ibu kita disamping bapa/ayah kita yang menjadi roll model kita untuk berjaya.

Pesanan : wahai anak-anak muda, sayangi lah ibu bapa kita kerana tanpa mereka siapa lah kita yang bisa berpijak di bumi nyata ini. Ucapkan Selamat Hari Ibu, Semoga Panjang Umur kepada ibu-ibu kita.


By admin

3 thoughts on “Blog | Happy Mothers Day”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *