Salam wanes untuk semua. Beberapa bidang kajian dilaksanakan semasa ekspedisi ini berjalan. Bagaimanapun semasa pembentangan cadangan kajian setiap ketua kumpulan semalam di Pulau Mabul, semua pembentang mengharapkan untuk menemui spesies baru dan jika tidakpun sekurang-kurangnya mendapat beberapa penemuan baru dan rekod baru untuk Pulau Sipadan.
Disini wanes senaraikan beberapa bidang kajian yang dilaksanakan.

a. Mengukur kualiti air di perairan Pulau Sipadan mengikut piawaian kualiti air nasional bagi tujuan rekreasi.

b. Mengemaskini data biodiversiti dan kepadatan rumput laut di perairan Pulau Sipadan

c. Mengemaskini data biodiversiti dan kepadatan ikan terumbu karang & pelagik di perairan Pulau Sipadan.

d. Mengemaskini data biodiversiti dan kepadatan Invertebrata Marin di Perairan Pulau Sipadan.

e. Menyenaraikan biodiversiti dan kepadatan zooplankton/fitoplankton di perairan Pulau Sipadan.

f. Mengemaskini data biodiversiti dan kepadatan Mollusca dan Bivalvia di perairan Pulau Sipadan.

g. Mengemaskini data biodiversiti dan kepadatan Batu Karang di perairan Pulau Sipadan.

h. Mengetahui corak perjalanan arus dan kajian oceanografi di perairan Pulau Sipadan.

i. Mengetahui keadaan dan bentuk fizikal Pulau Sipadan dari sudut geologi.

j. Mengemaskini data biodiversiti dan kepadatan tumbuhan di Pulau Sipadan.

k. Mengemaskini data biodiversiti dan kepadatan haiwan dan serangga di Pulau Sipadan.

l. Mengemaskini data biodiversiti dan kepadatan burung di Pulau Sipadan.

m. Mengetahui tahap penggunaan bahan diperbuat dari plastik di Pulau Mabul

Ok! wanes termasuk dalam kumpulan kajian yang dilaksanakan oleh kumpulan penyelidik bagi bidang (k) dan (l). Kumpulan kami di terajui oleh Prof.Dr. Abdul Hamid Ahmad, (UMS) Dr. Maklarin Lakim (Sabah Parks), Fred Tuh Yit Yu (Sabah Parks), Azrie Aliamat (UMS), Justinah Francis (SP), Majin Silim (SP) , Nikson Miadin (SP) dan wanes.

Kita tengok beberapa gambar yang sempat wanes ambi semasa kajian hari pertama kami pada hari ini (27/04/2010)

kumpulan kami dah siap untuk memulakan kajian

ketua kumpulan kami mencadangkan untuk membuat jerat biawak di kawasan ini

biawak yang berjaya ditangkap akan di ambil datanya sebelum dilepaskan semula

beberapa teknik membuat jerat dikongsikan bersama oleh semua ahli kumpulan

pasangan ini hampir gagal menyiapkan jerat kerana masing-masing pendapat. kehkehkeh

“kita perlu test power yer” hahaha dapat 1 kaki

wanes sempat mengambil gambar rumpun pandanus sebelum menemui gekko gecko

ni lah gekko gecko yang kami dapat

kami cuba mencari dalam buku rujukan tetapi tidak menemuinya

Ok! cukup disini dulu dan kami tidak dapat mempastikan sama ada gekko gecko yang berjaya kami perolehi merupakan spesies baru atau setakat penemuan baru buat masa ini. Kepakaran korang di alu-alukan untuk mengenalpasti yer!

By admin

One thought on “Blog | Spesies Baru ?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *