Salam wanes untuk semua, dalam ceramah motivasi yang wanes hadiri selama dua hari ada menekankan bahawa seseorang yang ingin berjaya dalam kerjaya haruslah mempunyai variasi dan inovasi. Jadi wanes mencuba mempelbagaikan entri kali ini dengan kaum hawa iaitu Takwim Haid 2 in 1.

Takwim haid adalah catatan tarikh dan pusingan haid dalam buku catatan harian atau dairi. Ini adalah amalan yang baik dan banyak faedahnya dari segi penjaaan kesihatan dan hubungan suami isteri serta menentukan waktu subur dan tarikh bersalin jika hamil. “kehkehkeh” kalau korang dah berkeluarga baik korang baca tapi kalau belum pun bagus juga untuk persediaan. “ahaks”

awek-awek cute google ni pun perlu ada takwim haid

Setiap wanita dalam umur subur (15-45 tahun) perlu mencatatkan tarikh dan jumlah haid mereka dalam diari. Dari catatan ini, pelbagai jenis gangguan dan penyakit dalam badan boleh dikesan. “peringatan kepada melz, oh malaysia dan coretan perantau tak payah susah-susah buat takwim haid” “hahaha” tapi boleh bantu buah hati korang lah yerk!

siapa berani tanya erra, ada buat takwim haid ker tak ?

Melalui catatan takwim haid, korang dapat menentukan waktu subur (antara hari ke-12 hingga ke-20). Ini amat mustahak untuk merancang kehamilan. Takwim haid juga boleh digunakan untuk menghalang kehamilan dengan menggunakan kaedah waktu selamat (antara hari ke-8 hingga ke-11 dan hari ke-20 hingga ke-28). Jadi boleh lah kita namakan takwim haid ini sebagai 2 in 1 (ingin hamil dan mengelak hamil)

perut paling sensasi dalam google. “kehkehkeh”

Wanes rasa lebih baik kaum hawa yang semakin menjadi-jadi mencuba petua nenek kebayan ini. Kan lebih baik daripada buang sini, buang sana. “Aduh! ya Tuhan! ampunilah mereka-mereka ini yang belum kuat imannya”.

By admin

6 thoughts on “Blog | Takwim Haid 2 in 1”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *