Salam dari wanes untuk semua, kali ini wanes ingin berkongsi korang semua pengakuan penyanyi dan pelakon Bienda (Nor Razlinda Razli, 25 tahun) akan bernikah dengan kekasihnya tidak lama lagi. Bahkan, perancangan nak kahwin sudah dibuat sejak dua tahun lalu. Bagaimanapun Bienda menafikan bakal suaminya (Mr. K) seorang duda. “hahaha” takut duda juga dia yah!


Bienda

Mengikut Bienda, “lepas tiga bulan kenal dia, saya terus ajak dia kahwin. Dia pun okey katanya. Tapi niat kahwin ni tertangguh sampailah sekarang sebab saya dan dia terlalu sibuk”. Bienda mengaku bahawa dia seorang yang kuat bekerja tetapi dia bersyukur kerana kesibukan bekerja telah menjadikan hubungan mereka menjadi semakin kukuh.

” Ada orang cakap, tak takut ke baru kenal terus nak kahwin. Nanti bila dah tahu perangai yang tak elok, macam mana? Kalau dah kenal perangai buruk lepas kawin, itu lagi bagus, masing-masing boleh berubah sebab dah kahwin. Kenalah pertahankan ikatan suci itu.” kata Bienda

Bienda

” Dia hadir sebagai pelengkap hidup saya, sentiasa menyokong kerjaya saya dan yang penting, Mama saya sukakan dia. Saya ni jenis bila saya berkawan dengan mana-mana lelaki, saya akan terus bawa jumpa mama. Sebelum ni ada lelaki yang gagal lulus di mata mama dan ahli keluarga saya. Tapi dia ni pertama kali jumpa mama, terus mama suka. Alhamdullillah. Keluarga dia pun menerima saya dengan baik” Nah! sesiapa anak muda yang baru berjinak-jinak terjun ke alam cinta si wanita, boleh klon sifat MR. K ini. “wakaka”

“Saya Sayang Dia!” – MR. K berusia 27 tahun dan berasal dari melaka. Orangnya sangat kacak! Bagaimanapun Mr. K enggan gambarnya dirakamkan selagi belum bekahwin. Bagaimanapun, dia sedia ditemuramah. “jadi, wanes pun tak dapat lah nak tayang muka dia yang hensem kat korang yah!”

“Saya melihat Bienda sebagai perempuan yang baik dan menyenangkan hati saya. Dia juga menerima saya seadanya, tanpa syarat dan tak pernah memaksa saya untuk ubah apa-apa. Dia juga memikat hati saya dengan kepakarannya dan saya suka sangat dengan sambal udang petai masakannya.” Nah! ni pula peluang si gadis cute-cute sebagai tips memikat si jejaka. “ahaks”

Mana nombor yang cantik ?

Bienda juga mengatakan, ” Biarlah dia dikenali sebagai Mr. K selagi kami belum kahwin”. Pada 10 Oktober ini mereka merancang soal majlis nikah dan persandingan. Ok, wanes ucapkan selamat berbahagia buat mereka berdua dan kepada korang yang belum merancang, jangan lama-lama dek, nanti di sambar orang. “kehkehkeh”

Kalau lah wanes dapat berjumpa atau ber sms dengan Bienda dan Mr. K ni, wanes akan mencadangkan tarikh 20 Oktober 2010 untuk majlis mereka. Uik! wanes enda malu kah engkau! siapalah engkau ni yang pandai-pandai mencadangkan sesuatu tarikh untuk orang popular macam Bienda! lupakan saja wanes! “hmm”

Yalah! wanes mengalah, tapi kalau korang dapat bertemu, ber sms, ada talian hayat dengan mereka, atau ada rakan korang yang rapat dengan mereka, tolong sampaikan pesanan ringkas ini yah!. Tarikh 10.10.2010 itu baik! tapi bagaimana dengan 20.10.2010 ?

By admin

8 thoughts on “Blog | “Saya Sayang Dia” MR. K”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *