Salam wanes untuk semua. Semoga korang semua dalam keadaan sihat dan gembira. Wanes amat berbangga dengan korang yang sudi melawat blog wanes selama ini. Berbalik kepada tajuk entri, peluang Adira semakin cerah untuk melangkah ke peringkat akhir AF 8.


Jika kita menonton persembahan Adira malam tadi, dengan membawa lagu klasik atau asli “Seri Mersing” memang berpuas hati. Sebelumnya wanes kurang yakin Adira dapat membawa lagu ini dengan baik malam tadi. Ini kerana lagu ini memang sukar dan mencabar bagi penyanyi yang kurang berpengalaman. Bagaimanapun apabila menonton persembahan Adira, wanes sangat terharu dengan persembahan mantap Adira. Tepukan gemuruh oleh penonton begitu hebat. Wanes bersorak sendirian “hahaha”


Wanes berpuas hati dengan komen pengkritik pada malam tadi. Cuma wanes kurang puas hati dengan tindakan ADLIN. Wanes rasa dia terlalu bersahaja memberi komen. Tutur kata main lajak sahaja tanpa memikir tapis kata-kata. Wanes tertanya-tanya, sama ada kritikannya ikhlas kepada persembahan setiap pelajar AF atau asal dapat mengeluarkan kata-kata kritikan glamournya kepada pelajar. Kadang-kadang wanes rasa kesihan dengan pelajar yang di tembak terus tanpa pertimbangan. Apakah Adlin suka mempermain-mainkan hati pelajar AF? Sepatutnya jika dia tidak berniat untuk memberi lampu hijau kepada Adira, janganlah menekan lampu hijau sebelum memberi kritikan dan kemudiannya memadamkannya, ditambah dengan kata-kata main lepas saja. “sepatutnya aku beri kamu lampu hijau tapi bila nampak tarian kamu, kalau ada lampu merah aku akan tekan” “Fulamak” kalau wanes yang dikritik seperti ini, entah di mana nak sorok muka hodoh ni!


Ok! apa-apa pun ikut suka hati engkau lah Adlin, yang penting Afundi Adira yang ditayangkan sebelum membuat persembahan melonjak di tangga teratas. Jadi kepada semua Fun Adira, mari terus menambah Afundi untuk Adira agar ia terus melangkah dan terus melangkah ke peringkat akhir.

By admin

6 thoughts on “Blog | Peluang Adira AF8 Semakin Cerah”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *