Salam dari wanes untuk semua. Kali ini wanes akan memberi Tips kepada korang yang ingin mendaki Gunung Kinabalu, yang merupakan khazanah alam yang sungguh bernilai. Beberapa persediaan awal dan keperluan asas akan wanes sentuh dalam informasi ini.

Bersedia untuk mendaki

Mendaki Gunung Kinabalu setinggi 4,905.2 meter (13,455 kaki) dari aras laut dan suhu boleh mencecah 0 darjah selsius, bukannya mudah. Sebagai asas, korang perlulah membuat persediaan fizikal dan mental. Persediaan seperti berjoging dan latihan-latihan kecergasan ringan haruslah dilakukan. Ini bagi menambah stamina korang apabila tiba masa mendaki. Mental korang haruslah kuat dan katakan kepada diri anda bahawa anda mampu sampai ke puncak Gunung Kinabalu. Kalau RedMummy ingin mendaki kenalah juga bergoging “hahaha”

Pondok Timpohon mengucapkan selamat mendaki dan selamat kembali

Ok, Selain itu kesesuain pakaian juga harus diambil kira. Korang mestilah menggunakan kasut yang sesuai seperti kasut joging yang tapaknya jenis getah dan mudah melekat pada batu-batu. Kasut bola sepak jangan pakai yerk! “hahaha” pasti tak sampai puncak korang. Kasut adidas kampung lagi bagus, waterproof dan hardwork lagi. Baju sejuk mesti bawa tau, kalau tak ada pun boleh pinjam dari melz. “hahaha” Sabaik-baiknya bawa sarung atau topeng kepala dengan beg sikut yang high class sikit. Boleh oder dari coretan perantau. “hahaha” mahal tak kisah asalkan branded “ahaks”

Pakaian korang lebih kurag macam jejaka ni

Janganlah pula korang bawa pakaian berpasang-pasang yerk! nanti mampus korang angkat beg korang. Bawa yang perlu dan cukup untuk 2 hari 1 malam saja. Hari pertama korang mendaki dari Pondok Timpohon hingga ke ketinggian 11,000 hingga 11,500 kaki karana penginapan korang terletak di antara ketinggian ini. Bergegar korang kesejukan di sini. “trattt” “hahaha” gigi pun berbunyi. Kalau nak mandi silakan. “miahaha” sanggup wanes tak mandi hingga pulang rumah.

Zzzz. awek ni syok tidur setelah penat mendaki

Korang akan bermalam di penginapan yang korang pilih dan boleh di tempah dari pihak Sutera Sanctuary Lodge (SSL) anak syarikat kepada Sutera Harbour. Hey! korang janganlah pula terlalu sedap tidur hingga terlewat bangun. Terutama yang couple-couple “hahaha”. Biasanya jam 2.30 hingga 3.00 pagi korang akan memulakan pendakian ke puncak Low’s Peak (puncak tertinggi). Awas! wanes dah lupa ingatkan korang pasal lampu suluh, mesti bawa. Cari yang saiznya kecil-kecil saja supaya tak berat. Siapa tak bawa, merabalah korang mendaki “kehkehkeh”

Sampai puncak masih gelap

Best tak pemandangan di puncak waktu subuh


Hehehe! dapat bergambar bersama orang putih lagi

Satu lagi korang kena ingat, sebab kat atas sejuk dan matahari terik pun tak rasa, baik korang pakai losen muka. Bukan apa, tapi wanes pasti siapa tak pakai, nanti lepas mendaki, kulit muka korang akan terbakar dan terkupas. Tak pa lah kan, jadi cantik balik muka korang “miahaha” Lip gloss juga perlu dipakai kerana bibir korang boleh pecah akibat sejuk.

Hehehe! tupai ni pun nak minta coklat

Apa lagi yang belum wanes sentuh yerk! oh ya, makanan dah lupa, walaupun korang boleh membeli makanan dekat Laban Rata (harga bukan men mahal tau) ada baiknya korang bawa makanan ringan seperti biskut, coklat, kekacang dan kismis. Wanes suka makan Cloud 9 kalau mendaki. Makanan seperti ini mempunyai kandungan tenaga yang tinggi. Minuman haruslah di bawa. Kalau korang tak sanggup bawapun tak apa, cuma terpaksalah korang minum air paip graviti di setiap pondok rehat sepanjang trail. Wanes sanggup minum air paip ni kalau mendaki sebab malas nak bawa air, bikin berat saja “hahaha” Cik Epal kena bawa mineral water yerk!

Korang pasti akan ingat berapa pondok sepanjang jalan kerana korang mesti singgah

Ada baiknya korang beli baju hujan jenis plastik biasa yang ringan sebab cuaca di atas puncak tidak menentu. Kalau hujan turunpun korang akan terselamat. Kalau tidak, basah kuyuplah korang macam tikus termasuk dalam tempaian. “hahaha”. Ubat-ubatan asas seperti ubat sakit perut, demam, ubat urut, ubat luka dan plaster perlu korang bawa. Bukan minta-minta tapi mudah-mudahan, tiada kejadian buruk berlaku.”ahaks” Wanes rasa semua asas-asas pendakian telah wanes sentuh, jadi Setelah korang puas di puncak, guide atau pemandu kamu akan membawa kamu untuk turun. Jika ada barang-barang korang tinggalkan di penginapan sebelum mendaki, jangan lupa mengambilnya bila kamu turun dari puncak sebab bukan senang nak ambil balik. Wanes rasa kalau esoknya, korang dah tak larat naik balik. Tapi kalau dah lama wanes pasti Oh Malaysia teringin juga untuk mendaki Oh Kinabalu. “lalala”

Dah nak turun ni, jalan slow-slow sambil tengok keindahan khazanah alam

Jika ada info wanes yang korang rasa masih kabur atau wanes terlupa, sila komen dan wanes akan cuba menjawab. Kalau wanes tak dapat jawab harap-harap melz dapat bantu wanes sumpit korang dari jauh. “hahaha”

By admin

27 thoughts on “Blog | Tips Mendaki Gunung Kinabalu”
  1. hai melz,tahniah utk melzkerana dah naik g.tahan:)wanes tak mampu naik g.tahan. Nanti ada masa melz dtg sabah kita naik g.kinabalu pula k πŸ™‚

  2. Hello,Wanes.. Post yg sgt menyeronokkan! sy seprti membayangkan diri berada disana (^_^)
    InsyaAllah,suatu hari nanti bila sy pasti akan mendaki gunung Kinabalu. Wanes,nanti jemputlah ke Negeri Sembilan di Semenanjung, kamu boleh daki gunung Angsi, Gunung Datok,Gunung Tampin dan banyak lagi. Kamu pasti seronok jk berada di puncak gunung2 ini! Ok,follow sy balik yer! (^_*)

  3. esok 27 January 2011 sya bsama group 20 org akan mendaki gunung Kinabalu. hehehe.. last minit ni check apa lagi belum ada..tak pernah naik gunung..so cari2 online tips!

  4. ee msti siok tu kn mendaki…nex wek kali ne join spesel olimpik kk bw murid nek gunung…doa2 la smpai d atas…mo try ne makan magi tomyam d sn..msti lmbt kembang…haha

  5. hehe msti siok tu kn daki gunung…nex wek ne kali sia bw murid g daki gunung…doa2 la selamat d smpai sn…mo try ba ne msk magi tomyam d atas neh..msti lmbt kembang kn..haha

  6. pika : dari kaki gunung ker laban rata biasanya 5 jam..depends on kelajuan dan kemampuan masing..ada yg buat 10 jam..slow..ada yg bt 3 jam..
    dari laban rata ke puncak 4 jam..

  7. Aku memang asal Sabah,daerah Pitas,ada plan nak daki gunung Kinabalu,untuk 3 orang,RM500 bajet cukup ka bro Wanes?

  8. Hi…
    plan nk gi kk n climb mount kinabalu in july …next month. sy nak bawa my kids 8 tahun – 16 tahun… 2 girls n 2 boys… they're fit enough for the climb… seek for an advice? tq.

  9. Howdy very cool website!! Guy .. Beautiful .. Wonderful .. I will bookmark your blog and take the feeds alsoξ“‘I'm satisfied to search out so many helpful information right here within the submit, we need work out extra strategies on this regard, thanks for sharing. . . . . .

    ——————————————————
    lightsmade.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *