Salam dari wanes untuk semua. Kali ini wanes kurang idea nak buat entri. Jadi wanes ingat nak cerita sikit pasal jam yang telah dinobatkan gelaran sebagai “masa itu emas”. Wanes ada macam-macam cerita pasal jam untuk korang.

cantik jam ni, wanes namakan jam ni cinta kasih

Mula-mula kita cerita pasal jam, kita sejak lahir telah di takrifkan oleh jam. Sebagai contoh, bayi yang akan lahir pada jam 20.10 petang pada 20.10.2010 adalah bayi yang bertuah. “hahaha” kepada yang dah berkeluarga, jika si isteri “tercinta” korang telah mula mengandung pada bulan febuari yang lalu mungkin bakal melahirkan bayi pada tarikh ini. “mudah-mudahan” Siapa-siapa yang bertuah memang happy sangat kan ?


yang ni namanya jam cinta gembira

Keduanya kita cerita jam sebagai saksi kegembiraan kita, seperti juga jam di atas “Happy”. Kepada melz romeo, coretan perantau, oh malaysia, cikepal, dan siapa-siapa blogger yang belum membuat tangga rumah yang cantik. “hahaha” maksudnya selamat tinggal bujang, bolehlah merancang hari gembira korang pada tarikh 20.10.2010. “ahaks” bestkan ni salah satu tips merancang hari gembira. Acara potong kek korang buat tepat pada jam 20.10 pm.

yang ni pula, jam untuk korang yang minat kupu-kupu

Ketiga cerita pasal gambar jam kupu-kupu di atas, kalau red mummy, hanis zalikha, ceeramoon, dan siapa-siapa blogger berniat melawat kebun kupu-kupu di taman air panas poring, datang lah melawat sekitar jam 10.00 pagi hingga jam 15.00 petang kerana kupu-kupu sangat aktif pada masa ini. Jika keadaan cuaca redup kupu-kupu pun nak tidur. “hahaha” maksudnya jam dalam segala perkara kira penting unuk menentukan sesuatukan.


yang ni, nanti korang je lah kasik nama

Jam yang keempat ini wanes susah sikit nak terangkan sebab macam jam orang-orang besar ni. Apa-apa pun wanes buka lain ceritalah ye pasal 24 jam. Cerita pertama, memanglah kalau orang barat mereka selalu menggunakan sistem masa dengan 24 jam. Kita di malaysia biasanya guna sistem 12 jam je kan. “ahaks” wanes pening kalau guna sistem 24 jam ni, susah nak ingat. “dasar pelupa, keh-keh-keh”

Cerita 24 jam yang kedua, antara boss dengan si pekerja. Oleh kerana si pekerja telah ponteng kerja selama dua hari dalam seminggu tanpa alasan yang kukuh, maka si boss telah mengarahkan si pekerja ni untuk bekerja selam 24 jam pada hujung minggu. Maksudnya hari minggu lah bah! Punya lah marah si pekerja dengan bossnya tapi dalam hati saja. “hahaha” memanglah sebab “yes boss” setiap masa.

Cerita 24 jam yang ketiga, antara si boss dengan si pekerja lurus bendul. “hahaha”. Kalau di Sabah, orang yang kena bagi 24 jam bermaksud di berhentikan kerja serta-merta. Jadi kisah si pekerja lurus bendul ni, dia kedapatan tidur waktu bekerja oleh bossnya, sedangkan kerjanya adalah sebagai kaunter pembayaran masuk tandas awam. “ahaks” teringat wanes kelmarin di komplek karamunsing kota kinabalu waktu wanes nak masuk tandas, si wanita pemungut cukai tandas, zzzz. “hahaha” bedengkur bah dia. “korr-korrr”. Wanes pelan-pelan masuk tandas, lepas siap wanes keluar dan wanes ketuk meja baru dia macam terkejut terus hulur tangan. “cis, punyalah merah mata dia tengok wanes sambil menguap.” kalau wanes tak ingat Tuhan, sorry lah ye” Ok, berbalik kepada kisah boss dengan pekerja lurus bendul;

Boss : mulai esok aku bagi kamu 24 jam

Si pekerja : Yahoo! tak payah lah sampai 24 jam boss, 10 pun cukup sudah. terimah kasih boss, terimah kasih boss (sambil menarik tangan si boss dan mencium tangannya kegembiraan)

Beginilah jadinya kalau terlalu lurus bendul. Kalau korang yang jadi boss si pekerja ni, apa yang korang rasa, makin marah atau hilang marah?

By admin

2 thoughts on “Blog | Macam-macam Jam”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *