Salam untuk semua. Entri kali ni aku nak bawa korang sama-sama belajar beberapa petua untuk menghadapi pertengkaran. Almaklumlah dalam dunia ni terkadang berlaku samada pertengkaran kecil mahupun pertengkaran besar antara kita dengan pasangan kita.
1. Jika berlaku pertengkaran, janganlah anda mencari kelemahan pasangan anda. Tidak wajar sekiranya pertengkaran hanya ingin mencari kemenangan. Usahalah untuk menyelesaikan masalah bersama.
2. Jika pertengkaran itu berkaitan dengan sesuatu topik, jangan melibatkan masalah lain kerana ia mungkin boleh membesarkan lagi permasalahan itu
3. Jangan bertindak menggunakan fizikal atau melemparkan barang. Cara ini tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya menjadi lebih besar lagi.
4. Jangan membiasakan diri menyendiri atau menjauhkan diri daripada pasangan setelah anda berdua bertengkar. Hal ini akan merugikan kedua belah pihak dan membuat hubungan anda terus rengang.
5. Jangan menggunakan kata-kata kasar dan menyakitkan hati seperti, “Ini semua salah kamu.”, “Engkau bodoh…”, “Engkau selalu buat salah…”. Sebaiknya gunalah perkataan yang lembut seperti, “Saya sedih dengan perbuatan awak…” “Kamu tahu tak, betapa hancurnya hati saya ini…” dan sebagainya.
Wokey! sampai disini dulu, dan jika ada yang boleh dijadikan teladan bolehlah di kongsi bersama, sebaliknya jika ada yang keruh dalam entri ni, buang jauh-jauh.
wanes…sy suka drama korean
bah! eryati buat team penonton drama korean.sambil nonton smbil mkn kurupuks udangs. hahaha