Kalau dulu kita mengalami masalah untuk masuk website GB untuk ping blog, kini Projek Petaling Street pula yang mengalami masalah serupa. Bukanlah mengharap sangat dengan group ni sebab GB keutamaan aku. “hmm! harap PPS tidak ambil hati” cuma sekadar untuk memaklumkan semua blogger sama ada yang pernah berkunjung ke situ atau belum.

Wokey, orang bilang first impression tu penting so, dah terbalik ni baru nak bagi salam. “Ahaks” Selamat bertemu kembali. Terlebih dulu aku mohon maaf kerana tak dapat update blog semalam, aku ada mesyuarat di Kota Kinabalu so, tak sempat update. “malam sampai rumah tertidur di ruang tamu” “hahaha”.

Apa yang menjadi persoalan aku ialah adakah masalah ini disebabkan oleh hacker, masalah website itu sendiri atau di sengajakan olah pihak admin untuk mengawal kemasukan blogger buat sementara waktu atau pada masa-masa tertentu?.

Apa-apa pun kita tunggu dan lihat apa kesudahan masalah Projek Petaling Street ni. “hahaha” pandai-pandai lah korang cari tempat ping blog di mana-mana.

Pesanan : Selain GB, pps, pingler.com dan ping.sg, mana tempat lagi kita boleh ping blog?

By admin

6 thoughts on “Dulu GB Yang Kena, Kini Giliran PPS !”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *