Salam untuk semua blogger, pengunjung blog, peminat AF8 dan kepada 1 Malaysia. Debaran AF8 untuk minggu ke-2 telah selesai dengan penyingkiran seorang lagi pelajar AF8 iaitu Ema.

Bagi pendapat aku, jika di lihat dari segi kemantapan persembahan semalam, Ema mempunyai suara seorang penyanyi yang boleh di banggakan. Cara penyampaian dan penggunaan pentas juga memuaskan. Bagaimanapun inilah hakikatnya Akademi Fantasia sejak dari AF1. Keputusan 100% bergantung kepada jumlah Afundi melalui SMS.

Aku ingin menyentuh sedikit tentang sistem yang di amalkan oleh penganjur program AF ini, yang pada pendapat aku, mereka boleh buat apa yang mereka suka dalam membuat setiap penyingkiran. Aku ingin bertanya kepada korang semua, adakah antara kita selain dari penganjur program ini yang nampak jumlah Afundi-afundi yang masuk setiap pelajar-pelajar AF setiap kali ia di adakan sekali dalam setahun? “hahaha” Apa-apapun itu hak penganjur program, kita cuma akur dengan linangan air mata setiap kali pelajar kesayangan korang tersingkir. Terutama yang pompuan “ahakz”

Berbalik kepada penyingkiran Ema petang tadi, walaupun ada antara korang yang mengalir kan air mata, “sttt. dah tu, pegi lap air mata tu” “hahaha” tetapi bagi aku penyingkiran ini akan membuka ruang kepada adiknya Adira untuk mengukuhkan kedudukan dalam AF8. Ini kerana pengundi-pengundi Ema akan beralih kepada Adira.

Nota: ini pendapat aku, apa pula pendapat korang?

Profil Ema

Nama Penuh : Erma Bt. Suhaimi

Tarikh Lahir: 13 May 1989

Tempat Lahir: Hospital Ranau, Sabah

Umur : 21 tahun

Jantina: Perempuan

Bangsa : Kadazan / Dusun

Agama: Islam

Tinggi : 154cm Berat : 47kg

Status Perkahwinan: Bujang

Pekerjaan: Pelajar & Partime A&W

Pendidikan Tertinggi: Diploma (Diploma in Pysiotheraphy)

Adik Beradik: 8 orang (ke-7)

Hobi: Suka acara lasak, makan, main game, melayari internet, menyanyi & menari

Gambar Peribadi: Cergas, periang, mudah simpati dan degil.


By admin

5 thoughts on “Penyingkiran Ema Membuka Peluang Adira”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *