Salam bertemu kembali untuk semua yang dapat membaca coretan-coretan aku yang macam-macam ni, entri kali ni berkisar pada situasi majlis perkahwinan yang aku sempat tinjau petang tadi. “jom serbu pengantin”
Waktu aku sampai di majlis perkahwinan petang tadi, muzik poco-poco sedang di mainkan. Ramai penari-penari yang turut serta untuk menari sambil bersenam malam. “Ahakz” termasuk pengantin lelaki pun turut serta dengan lengok badannya bukan alang-alang. “Wakaka hebat”
pengantin lelaki berbaju putih
Selain tarian poco-poco, tarian sumazau juga di selitkan. Kali ini rombongan si pengantin lelaki pula yang turut serta sementara kedua-dua pengantin memerhati gelagat penari-penari suka rela mereka sambil goyang-goyang kaki. Kaki aku dah nak tarik-tarik untuk ikut menari tapi aku berjuang untuk menahannya “hahaha”
Lepas tarian ni, tetiba satu group penyanyi kanak-kanak menyanyikan lagu rentak moden (balada) dengan nyaring dan lantang sambil berebut-rebut microfon. “Aku lagi nyanyi kata yang seorang”, “aku lagi kata yang seorang pula”. “Fuhz” hebat kanak-kanak ni, tepukan gemuruh di berikan oleh semua yang hadir selepas mereka menamatkan lagu mereka. “hahaha” mengalahkan AF pula.
menyanyi sambil berebut-rebut microfon
“Wah hebat” pengantin lelaki ni bukan calang-calang orang, serba boleh. “Menari boleh, menyanyi boleh, patut lah kahwin pun dia boleh” “hahaha” nak promot sikit dia ni seorang tourist guide tau. Siapa-siapa nak melancong boleh kontek dia, cuma yang pompuan jangan lebih-lebih kontek “ahakz”. Nanti permaisuri dia melenting! Pengantin lelaki nyanyi sambil cuit-cuit permaisurinya. “lalala”
nasib lah dia tak masuk AF8
Sebelum aku pulang, aku sempat mengambil aksi-aksi para pelayan tetamu yang mengambil gambar bersama pengantin perempuan dengan gaya mereka yang tersendiri. Tak boleh nak tiru-tiru gaya tau kata yang seorang “hahaha”. Pengantin lelaki jadi pemerhati di belakang kamera sambil terkebil-kebil mata memandang si permaisurinya yang di benteng oleh gadis-gadis ini. “Cantik-cantik” kata hati tanpa bicara. Aku ambil gambar pun tak tenang, ambil gambar sambil mata meliar pada si gadis-gadis “hahaha” “siap tu mata, kena lempang baru tau”.
main tiup-tiup angin ke?. “hahaha”
“Wokey” siapa nak kenal gadis-gadis ni boleh hubung aku dengan segera “hahaha”. Nanti aku kirim korang satu persatu gadis ni pakai pos laju, “muahaha” . Kalau yang kaum hawa minta maaf, aku tak ada stok pelayan tetamu untuk korang, “hahaha”. Jangan korang salah faham tau, gadis-gadis ni hanyalah melayani tetamu semasa mengambil makanan sahaja. Lebih dari itu, “maaf” kena layan sendiri “ahakz”
Nampaknya sejak awal tahun ni, ada sahaja pasangan-pasangan di kampung aku yang menamatkan musim single mereka. Korang bila lagi? “hahaha”
Nota : akhir kata aku nyanyi lagu “Selamat Pengantin Baru, Semoga Berbahagia” untuk korang semua. “lalala”
Pesanan: “betul tak orang pompuan zaman ni lebih gemar lelaki berumur?”