Salam untuk 1 malaysia, sebelum itu aku ingin memohon maaf atas perubahan nama blog aku.
Sebenarnya bila aku cari dekat google, rupanya ada orang lain yang menggunakan wanesweb.com so, aku tak mau kalau2 orang itu katakan aku tumpang nama.
Lagi pula aku suka dan senang dengan oh kinabalu yang sememangnya aku lahir di bawah kakinya lebih kurang 30 km dari gunung kinabalu. So, harap2 korang boleh terimalah. Kalau tak pun sudi jengok entri2, dah ok lah tu kan. Ahaks!
Wokey! mungkin ada korang yang tertanya2 cerita semasa aku out stesen minggu lalu kan, so aku bagi korang gambaran sikit aktiviti aku. Group aku dalam 13 orang. Kebanyakannya dari kaki gunung kinabalu. ranau, kundasang, kiau, dan ada juga dari lain tempat seperti papar dan putatan, kota kinabalu.
Dalam perjalanan aku sempat snap gambar burung bangau putih yang sedang mencari makanan ketika sebuah jentera sedang meggembur tanah untuk padi sawah di kota belud.
Punyalah banyakkk!!
Bos beri taklimat sebelum memulakan aktiviti
Gambar bawah pula lagenda si Gunting yang telah di masukkan dalam sejarah
(terdapat di muzium Sabah) penentang British
ketua perang gurila kepada British
Dekat bawah ni pula cerita orang tinggi dulu2 (Gambaliu).
earo hijau tanda panjang kubur
anggaran ketinggian Gambaliu 24 kaki
Wokey! sampai di sini dulu untuk kali ini, jangan lupa untuk mengikuti selanjutnya sambungan pada entri akan datang.
p/s
..entri akan datang ~ kehijauan hutan, ular dan hujan tahi kelawar..