Burung ini adalah burung yang paling setia di dunia. lihat gambar yang aku google
Apabila si betina ingin bertelur, ia akan masuk dalam lubang pokok (selalunya pokok/tunggul tinggi yang dah mati). Si jantan akan mengambil tanah liat untuk menutup lubang itu dan hanya meninggalkan lubang kecil untuk pernafasan dan pemberian makanan kepada si betina. Si betina akan menanggalkan segala bulu2 nya dalam lubang dan menjadi sebagai alas telur2 nya. Si jantan akan berkhidmat kepada si betina sejak ia mula masuk dalam lubang hinggalah anak mereka siap untuk terbang. Si jantan akan menghantar makanan kepada si betina selama berada dalam lubang. Si betina akan tinggal dalam lubang hingga telurnya menetas dan bulunya tumbuh semula.
Apabila semuanya sudah siap, penutup lubang itu akan dibuka oleh sijantan dan kelihatanlah isterinya yang cantik semula dengan anak2 nya yang cute dan hensem. Si ibu dan si ayah akan berkasih sayang semula dan begitulah kitar hidup mereka seterusnya sehingga mati. Si burung enggang akan setia sehingga kematian antara mereka. So, korang rasa tak burung ni paling setia? Apa pula binatang yang paling curang? ahaks! aku tak nak jawab pasal ni. biar korang fikirkan sendiri. hahaha
P/s Alangkah baiknya jika semua manusia seperti burung engang yang paling setia kepada pasangannya…
Pssttt. cuba korang tenang seketika dan cuba renungkan sejenak dalam kehidupan kita selama ini. apakah kita seorang suami, isteri, ibu bapa, anak2, majikan2, pekerja2 dan hamba2 yang setia ?….
Visi.. ingin menjadi seorang yang setia kepada yang Maha Kuasa, kepada kekasih hidup, anak2, ibubapa dan tak lupa kepada korang yang aku kasihi..
Orait! kita pause setakat disini, kita jumpa lagi dalam entri akan datang cerita lawak sikit tentang si burung enggang dan si pencuri anak burung enggang..senyum2 lah selalu 😀