Kita ketemu lagi di pagi yang indah ini, sebagai mana indahnya pelangi begitu juga dengan keindahan yang terpahat pada diri ku. Aku tak dapat di lihat di merata tempat, bukan mudah bertemu dengan aku. Biar pun engkau perkasa, glamer, di sanjungi 1 malaysia, belum tentu engkau dapat bertemu dengan aku jika belum sampai waktu, jika engkau tak berusaha untuk datang sendiri kerana aku tak mampu bergerak sedikit pun untuk menemui engkau kat sana.
Inilah aku, hanya sebagai Rafflesia Keithii yang sudah dikenali 1 malaysia melalui nama ku, namun agak sedikit yang berkesempatan menemui aku di saat aku dalam tubuh yang indah bagaikan puteri kayangan yang menjadi idaman seorang putra raja. Muahaha
Yahoo, kini aku dah jadi saluran kata2 untuk Rafflesia Keithii yang baru hari pertama mekar pagi ini di Adenna Rafflesia Garden di luar Taman Air Panas Poring. So, korang semua jangan lepaskan peluang untuk melihat Rafflesia ini yang sedang mekar dengan megahnya pagi ini. Pelawat luar dan dalam negara akan berpusu2 ni. Korang bila lagi, cepat2 sebelum terlambat!!
Dah penat aku berlari nak pergi tengok ni, korang ?
Korang boleh santai2 kat Adenna Rafflesia Garden dengan klik sini atau di Rafflesia In Bloom kat atas blog aku yang kodok ni. Hahaha
Pesanan; korang suka tak tengok gambar2 raflesia kat blog aku ni ?
Korang rasa rafflesia ni tak unik ?