WARGA tempatan China terpaksa meredah keadaan berkabus tebal yang melanda Beijing bagi menjalankan aktiviti harian mereka, hari ini. – Foto Reuters
BEIJING: Lima orang ditahan kerana menyebarkan khabar angin akan berlaku gempa bumi yang menyebabkan panik di seluruh utara China, lapor agensi berita Xinhua.
Puluhan ribu penduduk yang ketakutan bertindak melarikan diri ke tempat terbuka hujung minggu lalu selepas khabar angin akan berlaku gempa bumi tersebar di wilayah Shanxi.
Amaran gempa bumi akan berlaku itu disebarkan menerusi telefon manakala sebilangan penududuk kampung yang ketakutan menggunakan sistem pengumuman awam untuk mengarahkan orang ramai keluar daripada rumah masing-masing.
Lima yang ditahan itu yang sebilangan besar adalah pekerja pendatang dalam usia 20-an, mengaku menyebarkan khabar angin itu menerusi forum internet dan khidmat pesanan ringkas.
Mereka diperintahkan ditahan selama lima hingga 10 hari dan didenda 500 yuan (AS$74) setiap seorang. – AP
Sumber – Berita Harian Online
hahahaha. padan muka!! thats the perfect word for them. 🙂
salam..
kalau nak bergurau pun jgnlah sampai mcm nie..rasakan hukumannya
Hello markjue, ni la masalah nya kalau terlalu bermainkan. Md Nasir, Berat juga hukuman tu..nyesal pun apa bole buat kan.
dah takde keje lain nak wat kot. ni macam citer budak pengembala kambing huhu.