Sebelum itu saya memohon maaf buat anda semua kerana tidak sempat post entri semalam (lewat balik dari out stesen). Bagaimana pun saya ajak anda bersama saya meninjau perjalanan saya kelmarin sambil tengok gambar-gambar. Kita mulakan perjalanan dari Pekan Ranau sekitar jam 7.00 pagi (23/02/2010).

Alamak! sebuah Van jenis Rusa terbakar di jalan by pas Ranau-Kota Belud. Punca kebakaran kita tidak pasti. Kesihan pemiliknya. Harap-harap dapat claim insuran.

Mari singgah di gerai makan Kota Belud. Sedap tau mee sup ayam campur-campur. Kalau tahun 90 an harga hanya RM 2.00 semangkuk tetapi sekarang semangkuk besar RM 4.00 dan kecil RM 3.50. Tak pa la kan yang penting sedap!!!


‘gambar dari google search’

Padang ini bukan sembarangan padang. Tempat beraksi idola saya oh! Kamu kenal dia? Pernah membawa kejuaraan skuad bola sepak Malaysia suatu ketika dahulu? tak tau juga, MATLAN MARJAN! Nah kan-kan kamu kenal juga! Dah kenal? cuba tunjuk mana Matlan dalam gambar di atas.

Wah! banyak gerai-gerai menjual kraf tangan, jagung bakar, dan sebagainya di sepanjang jalan ke Kota Marudu ni. Mari singgah membeli jagung bakar dulu. Sedap ni, baru di bakar dan masih panas.

Bah! siapa kenal tongkat ali angkat tangan! hahaha pempuan tak berani angkat, mejoriti lelaki yang angkat, patut pun, dorang tau khasiatnya. Kita singgah beli 1 gelas yang diperbuat daripada tongkat ali di gerai ini. Sampai rumah kita masukkan air suam ke dalam gelas, tunggu beberapa lama baru diminum. Woi! pahit bah ni! haha . Tak apa pahit, yang penting khasiatnya boleh menaikkan ??? hahaha tak boleh sebut ! mau tau juga, baca dalam label 5 in 1 (ali cafee)..

Dari Pekan Kota Marudu kita terus ke Air Panas Poring. Kalau lihat ni penunjuk, kalau kita simpang kiri, menuju ke timbang batu. Kalau ke simpang kanan, menuju ke kg. lotong. Mari ikut jalan terus, dah lama tak mandi kolam air panas. Psst. hati-hati di jalan raya..

Pulamak! jalan ni masih dalam pembinaan rupanya. Lebih kurang 3 km dari signboard tadi jalan gravel pula. Mungkin dalam 1 atau 2 tahun lagi baru jalan untuk tembus ke air panas poring siap di turap. Baik kita patah balik ya, semasa dalam perjalanan balik, kawan saya berteka-teki dengan saya,”mengapa burung bangau selalunya angkat sebelah kakinya semasa berehat di mana-mana?..mari kita jawab sama-sama..

By admin

6 thoughts on “Jelajah Sabah”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *