Salam damai dan terima kasih untuk semua yang sudi membaca entri saya kali ini. Baru tengah hari tadi saya dapati kewujudan satu iklan yang ganjil dalam blog saya. Pada permulaan saya membuka halaman blog, iklan ini terus terpampang di sebelah kanan menutupi ikon iklan nuffnang sepertimana dalam gambar di atas.

Saya tidak tahu bagaimana iklan ini wujud kerana seingat saya, tidak ada advertise luar negara yang saya ikut atau masuk. Cuma saya telah register domain free melalui popnic.com. Saya memulakan blog saya pada 9 Feb 2010 (baru lagi) dan selama ini, baru kali ini iklan ini wujud dalam blog saya.

Bahasa iklan ini juga bukan dalam bahasa Inggeris yang biasa saya baca. Maklumlah kalau baru belajar dalam blog. Soal macam ini pun sudah risau. Apa yang menghairankan juga ialah, jika saya masuk dengan url http://wanesweb.blogspot.com iklan ini tidak timbul tetapi jika saya masuk dengan http://wanes.it.pn barulah iklan ini akan timbul. Jangan lupa masuk kedua-dua url ini bagi kepastian anda.

Apa yang saya harap di sini ialah kiranya ada di antara kalian yang terbaca dengan entri ini dan sudi untuk memberi komen atau cadangan dalam bahagian ULASAN bagaimana untuk menghilangkan iklan asing ini. Keprihatinan dan usaha kalian semua untuk membantu saya menangani masalah ini saya ucapkan berbanyak-banyak penghargaan dan terima kasih.

By admin

One thought on “BAGAIMANA MENGHILANGKAN IKLAN ASING DALAM BLOG ?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *