Hello rakan-rakan sebelum itu saya mohon maaf, entri kali ini emosi sikit, kira mau kongsi dengan rakan-rakan ni ketidakpuasan hati terhadap CELCOM BROADBAND yang saya namakan disini sebagai Celcom Burukband (buruk/tidak baik). Mudah-mudahan ada pihak yang dapat sampaikan kepada CELCOM. Maaf juga kerana gambar-gambar di bawah pun buruk sepertimana buruknya kata-kata saya di sini.

CELCOM BROADBAND DENGAN CSL USB MODEM

Sepertimana dalam gambar kabur di atas, begini lah nasib pengguna-pengguna celcom broadband di sekitar kawasan Pekan Ranau terutama di kawasan air panas yang di kenali di seluruh dunia tetapi line celcom broadbandnya tidak lancar. GPRS pun tidak lancar, apalagi 3G, bayang-bayang pun tiada. Waktu daftar di Komplek Karamunsing tahun lalu, tanya agennya keadaan line kalau di Ranau, dia kata “OK, ramai yang ambil dari sana”. Bila saya guna, Woh! hampir KO ni!

DATA RECEIVED LEBIH LAMA DALAM KEADAAN STATIK (0)

“Orang lain naik mas (fly), saya naik kapal laut dari Kota Kinabalu ke Labuan”.Selalunya saya buat 1 entri dari jam 8 malam dan kadang-kadang sampai jam 2.00 pagi baru siap kalau ada gambar-gambar yang mau di upload. Nah sengsara jugakan..

Ni pun masalah juga, baru nak upload gambar, dia meragam lagi. Balik-balik the connection was interrupted, try again. Terpaksa upload semula berulang kali.

Saya guna khidmat celcom broadband kerana mudah di bawa ke mana-mana sebagai pelengkap laptop saya, ketika saya out stesen pun masih boleh update blog dan sebagainya. Cuma bila di rumah saya dekat taman air panas ini, beginilah nasibnya dan rakan-rakan pengguna celcom broadband lain di sekitarnya. Kami sebagai pelanggan CELCOM sangatlah berharap agar pihak CELCOM dapat memperbaiki perkhidmatannya di sekitar sini yang setiap hari dikunjungi oleh pelawat dalam dan luar negara.

By admin

4 thoughts on “CELCOM BURUKBAND !!!!”
  1. Tq rakan2, dah lega sikit bila stress pasal broadband semalam dah share dgn rakan2. tak apa lah, harap2 celcom,maxis dan DG akan upgrade service mereka…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *