Hello rakan-rakan, kali ini cerita sikit pasal jambatan di atas pokok. Uik! tak caya ? betul ni, biasanya kita selalu nampak jambatan laluan kereta dan laluan pejalan kaki di atas tanah tetapi jarang sekali di atas pokok kayu kan?

Mengikut maklumat Sabah Parks, di Taman Air Panas Poring terdapat 3 rentangan jambatan di atas pokok. 1 daripadanya hanyalah untuk kegunaan penyelidik-penyelidik luar dan dalam negara yang membuat penyelidikan di taman ini. 2 lagi adalah di buka untuk kegunaan orang awam. Ia di buka secara bergilir-gilir.

Kadar bayaran untuk dewasa luar negara (RM 5.00), kanak-kanak luar negara (RM 2.50). Dewasa tempatan (RM 3.00) dan kanak-kanak tempatan (RM 1.50) Bayaran untuk penggunaan kamera ialah (RM 5.00) sebuah dan video kamera (RM 30.00) sebuah.

Masa melawat adalah dari jam 8.00 pagi hingga jam 4.00 petang (trip terakhir naik). Luar daripada masa tersebut akan dikenakan bayaran “special request” iaitu 1-3 orang (RM60.00) dan 4 orang ke atas akan dikenakan bayaran (RM 20.00) seorang.

Apabila kita berada di atas jambatan ini, kita seolah-olah seperti burung-burung dan haiwan lain yang sedang berada di atas pokok kayu, kita dapat melihat kehijauan daun-daun pokok secara dekat. Jika kita bernasib baik, kita juga dapat melihat dan mendengar siulan burung, tupai dan haiwan lain yang terdapat di sekitar jambatan ini.

Jambatan atas pokok awam pertama sepanjang 173.5 meter dan ketinggian 41.3 meter manakala jambatan kedua sepanjang 105.8 meter dan ketinggian 30.7 meter. Ini saja yang dapat saya kongsikan bersama rakan-rakan pada entri ini. Untuk maklumat yang lebih terperinci boleh di rujuk melalui laman web rasmi Sabah Park http://www.sabahparks.org.my

Orang kata “tak kenal, maka tak cinta”. Makanya marilah beramai-ramai datang berkunjung !!

By admin

17 thoughts on “JAMBATAN DI ATAS POKOK ?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *