Pada zaman dahulu, semua kampung-kampung sekitar sentiasa berperang (misangod-dusun ranau) menggunakan parang panjang (gayang-dusun ranau). Siapa yang handal dalam misangod akan menjadi wira kampung. Ketika itu anak lelaki menjadi buruan kerana dikuatiri menjadi wira dalam misangod apabila ia meningkat remaja.

Pada zaman ini terdapat serumpun bambu yang sangat besar di kampung ini, setiap kali ibu-ibu keluar rumah untuk mencari makanan dan sayuran hutan mereka akan menyembunyikan anak-anak lelaki mereka di dalam lubang bambu yang boleh memuatkan seorang anak kecil. Apabila ibu-ibu ini kembali, mereka akan mengambil semula anak mereka dari lubang bambu ini. Bambu ini juga dipercayai ada penunggu yang melindungi anak-anak yang disembunyikan dalam bambu.

Dengan cara ini, anak-anak lelaki di Kampung ini telah terselamat dan apabila mereka menjadi remaja, mereka telah menjadi wira dalam misangod. Oleh sebab bambu ini telah banyak berbudi kepada mereka, maka kampung ini mereka namakan KAMPUNG PORING.

Mengapa PORING dan bukan BAMBU? Ini kerana PORING dalam bahasa dusun-ranau bermaksud BAMBU dalam bahasa melayu. Mereka menamakannya PORING kerana suku kaum disini adalah Dusun-Ranau. Demikianlah Kampung PORING ini di namakan.Walaupun bambu tersebut pada masa kini tidak sebesar dalam cerita lagendanya, tetapi saiznya tetap lebih besar dari yang biasa kita nampak.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *