Semasa penjejahan Jepun di Sabah,air panas poring merupakan salah satu lokasi mereka. Mereka telah membuka kawasan air panas ini dan membuat takungan air dengan kayu. Ketika itu laluan dari Jesselton (Kota kinabalu),pekan Ranau dan ke air panas hanyalah untuk pejalan kaki.
Hasrat Jepun untuk menjadikan air panas sebagai destinasi pelancongan terkenal telah gagal kerana mereka telah di serang oleh tentera pejuang British semasa perang dunia ke-2. Air panas poring telah menjadi salah satu lokasi pertempuran British dengan Jepun. Ramai orang Jepun yang terkandas dalam perang ini. British telah mengalahkan Jepun.
Selepas beberapa lama, Taman-Taman Sabah telah membuka semula kawasan air panas dan membangunkannya dengan bantuan yang padu oleh pihak kerajaan. Taman-Taman sabah telah membangunkannya sebaik mungkin sehinggalah air panas poring dikenali di seluruh dunia. Adalah menjadi satu kerugian bagi kita di negara sendiri jika tidak melawat dan melihat keunikan destinasi pelancongan seluruh dunia ini. Kita jumpa di sana. Nantikan “Apa itu taman-taman sabah”
Gambar ini adalah gambar percubaan Baner Wanes..