Tidak kurang juga rakan-rakan senegara yang belum berkesempatan melawat di Taman Air Panas ini. Bagi anda saya akan memberi info-info berkaitan dengan Taman Air Panas ini melalui blog ini. Saya akan menerangkan satu persatu kerana saya pun tidak berkesempatan untuk menerangkan semuanya sekali. Kata orang kalau memandu mulakan dengan gear 1 dulu barulah guna gear yang semakin besar. He.he..saya harap rakan-rakan sabar dan setia mengikuti info-info Taman ini.
Ramai juga rakan-rakan yang hanya tahu bahawa Taman Air Panas Poring ini hanyalah tempat untuk mandi manda. Sebenarnya banyak lagi kemudahan-kemudahan lain yang perlu rakan-rakan ketahui. Antaranya Jambatan Atas Pokok,Air Terjun setinggi 300 kaki,Gua Kelawar,Kebun Kupu-Kupu,Pusat Pemuliharaan Orkid,Kebun Tropika,Kebun Etnobotani (Ubatan),Penginapan,Bunga Rafflesia (terbesar di dunia) dan banyak lagi. Pastikan rakan-rakan terus mengikuti perkembangan semasa melalui blog saya..Terima kasih atas kesudian rakan-rakan membaca blog ini..
Mungkin anda juga berminat baca blog ini : Blog Deff
ni kat area ranau kan??
maaf ya zella, lambat pula balas comen awak..
Ya di ranau. awak dah sampai sini? kalau tak, mesti datang ya..